Kerjaya politik Kemal Kılıçdaroğlu

Setelah meninggalkan universiti, Kemal masuk Kementerian Kewangan sebagai spesialis akauntan junior pada 1971. Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi akauntan dan dihantar melakukan latihan kepakaran tambahan di Perancis. Pada 1983, beliau dilantik menjadi naib pengarah agung jabatan Pembaharuan dalam kementerian yang sama. Pada waktu itu, beliau bekerja dekat dengan Perdana Menteri Turgut Özal. Pada 1991, Kılıçdaroğlu menjadi pengarah agung Organisasi Keamanan Sosial untuk Artisan dan Pekerjaan Sendiri (Bağ-Kur). pada tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi pengarah agung Organisasi Keamanan Sosial (SSK).[5][10]

Pada 1994, Kılıçdaroğlu diangkat menjadi "Pegawai Am Tahun Ini" oleh mingguan periodik Ekonomik Trend.[5]

Kemal Kılıçdaroğlu bersara dari Organisasi Keselamatan Sosial pada Januari 1999. Kılıçdaroğlu mengajar di Universitas Hacettepe dan mengetuai Komisi yang Mengkhususkan Diri pada Ekonomi Informal pada persiapan Lapan Rencana Pengembangan Lima Tahun. Beliau juga bertindak sebagai anggota Badan Eksekutif Bank İş.[11]

Dalam Perhimpunan Agung

Pada 1999, Kılıçdaroğlu sering disebut sebagai 'bintang Parti Kiri Demokrat (DSP)'.[12] Banyak laporan media mendakwanya bakal menjadi calon DSP dalam pilihan raya umum 1999 mendatang (di mana DSP ikut untuk pertama kalinya).[13] Namun, tidak ada calon yang dapat mara ke peringkat seterusnya. Meskipun demikian, pada saat beliau menjadi ketua Organisasi Keamanan Sosial, beliau diundang oleh pemimpin CHP Deniz Baykal untuk bergabung dengan partainya. Kemal menerima undangan tersebut.[5]

Setelah pilihan raya umum 2002, beliau masuk Perhimpunan Agung Kebangsaan mewakili Istanbul. Pada pilihan raya 2007, beliau terpilih kembali pada parlemen. Beliau menjadi jurubicara wakil kelompok parlimen partinya.[5]

Usaha Kılıçdaroğlu untuk menyoroti malapraktik beberapa ahli politik Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berpangkat tinggi membuatnya masuk berita utama dilaporkan media-media Turki. Dua ketua wakil AKP yang memerintah, Şaban Dişli dan Dengir Mir Mehmet Fırat, mengundurkan diri dari jabatan mereka di dalam partii setelah debat-debat televisyen dengan Kılıçdaroğlu. Lebih lanjut, beliau secara terbuka menuduh datuk bandar Ankara yang bersekutu dengan AKP, Melih Gökçek, terlibat skandal korupsi terkait organisasi amal "Deniz Feneri" yang berbasis di Jerman.[5]

Rujukan

WikiPedia: Kemal Kılıçdaroğlu http://www.economist.com/node/18621453 http://www.ft.com/intl/cms/s/0/997fc890-64ed-11df-... http://www.haberturk.com/polemik/haber/640504-alev... http://www.kemalkilicdaroglu.com/ http://www.kemalkilicdaroglu.com http://www.trt-world.com/trtworld/en/newsDetail.as... http://id.worldcat.org/fast/1986693/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... http://webarsiv.hurriyet.com.tr/1999/01/12/90060.a... http://www.hurriyet.com.tr/pazar/15148253.asp